‘Buka lampu macam ayah bayar’, PM tegur penjawat awam

Kuala Lumpur, Okt 16.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan penjawat awam supaya terus melakukan langkah penjimatan bagi memastikan dana awam tidak dibazirkan begitu sahaja. Beliau berkata, penjawat tidak perlu melihat soal pembaziran dalam konteks yang besar sahaja sebaliknya isu kecil seperti menutup lampu pejabat dan pemberian pen mengikut jawatan juga perlu dilakukan.

“Membazir tidak perlu yang besar, macam menggunakan elektrik seperti ‘ayah kita yang bayar’. Contohnya, beri lima batang pen kepada ketua jawatan tetapi Ketua Setiausaha, 10; menteri, 15; Perdana Menteri, 20.

“Itu semua kita kena baiki sebab ia adalah dana awam,” katanya pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Oktober, di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here