Lelaki Pecah Rekod Makan Nasi Kandar Sampai RM218 Untuk Seorang

Kuala Lumpur, Jan 22.
Baru-baru ini, tular apabila seorang lelaki menghabiskan RM218 untuk makan nasi kandar seorang diri. Menerusi perkongsian tersebut, lelaki berkenaan dilihat mengambil pelbagai jenis lauk nasi kandar pada pinggannya sehingga berharga RM218.

Paling banyak diambil adalah lauk sotong sehingga penuh dua pinggan. Malah, difahamkan dia hanya makan kesemua lauk itu seorang diri membuatkan peniaga kedai turut tidak menyangka.

Malah, lelaki berkenaan berjaya menghabiskan kesemua makanannya dalam masa satu jam tujuh minit saja.

Nasi kandar yang lengkap mempunyai nasi, ayam goreng, sayur dan kuah campur. Namun, jika anda ingin sedikit kelainan bolehlah mencuba untuk mengambil ikan dan sotong. Tetapi, seperti yang kita tahu sotong ini harga sedikit mahal berbanding ayam.

Nasi kandar adalah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang.

Tak lengkap rasanya jika kita singgah ke Pulau Pinang tanpa mencuba nasi kandar di sana. Banyak restoran nasi kandar kita boleh lihat kini tidak hanya di Pulau Pinang.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here