‘Terima kasih Maryam’ – PM Anwar

Kuala Lumpur,Okt 16.

Dalam catatan di Facebooknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi sepucuk surat daripada seorang pelajar yang memperkenalkan dirinya sebagai Maryam berusia sembilan tahun.

Dalam surat yang dihantar kepada Anwar itu, Maryam mengadu mengenai keadaan tandas di sekolahnya yang kotor, sekali gus tidak mengikut saranan kerajaan untuk menjaga kebersihan kemudahan itu.

Maryam yang merujuk Anwar sebagai Uncle Anwar itu berkata, cerita tentang keadaan tandas di sekolahnya yang kotor. Perdana Menteri memberi jaminan untuk meneliti dan mempercepatkan masalah tandas di sekolah demi kesejahteraan pelajar.

Sebelum ini, Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2024 bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ pada Jumaat lalu, dilaporkan berkata projek pembaikan tandas di 8,354 sekolah hampir siap sepenuhnya pada tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here