Jagdeep menjadi Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang

Petaling Jaya, Okt 20.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo telah mengambil alih jawatan timbalan pengerusi DAP negeri, yang dikosongkan selepas P. Ramasamy keluar parti pada Ogos.

Jawatan yang dipegang Jagdeep sebelum ini, iaitu naib pengerusi negeri kini akan diterajui oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim, yang juga timbalan menteri kewangan.

Sementara itu, Adun Berapit Heng Lee Lee mengambil alih jawatan Sim sebagai setiausaha publisiti DAP Pulau Pinang.

Perubahan jawatan itu diumumkan oleh Setiausaha Negeri DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying. DAP Pulau Pinang akan memilih kepimpinan negeri baharunya tahun depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here