Sorok dadah dalam kaki meja besi

Kuala Lumpur, Okt 21.
Polis membongkar taktik sindiket dadah menyorokkan bahan terlarang itu dalam kaki meja besi menerusi serbuan di sebuah gudang besi di Kawasan Perindustrian Sri Muda, Shah Alam, Selangor, kelmarin.

Serbuan itu menyaksikan polis merampas 200 bungkusan syabu seberat 208 kilogram (kg) dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata serbuan pada jam 12.50 tengah hari hasil risikan sebulan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Polis Kontinjen Selangor.

Menurut beliau, rampasan syabu bernilai RM6.9 juta ini adalah yang terbesar bagi tahun ini untuk kedua-dua kontinjen.Dalam serbuan ini, kita menahan dua lelaki tempatan berusia 42 dan 50 tahun yang berperanan sebagai tukang kimpal.

Tugas mereka ialah untuk menyorokkan dadah-dadah yang dibungkus dalam bungkusan teh cina di dalam kaki meja besi berkenaan sebelum dikimpal, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here