Remaja terjun Jambatan Pulau Pinang

Georgetown, Okt 25.
Seorang remaja berusia 15 tahun minta pemandu e-hailing henti kereta sebelum terjun Jambatan Pulau Pinang tetapi berjaya diselamatkan pengusaha bot nelayan berhampiran.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Hasrul Rizal Ghazali berkata, terdahulu pihaknya menerima maklumat pada jam 7.10 petang mengenai kejadian di Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang dari arah Perai menghala ke Georgetown itu.

Sebaik tiba, didapati mangsa sudah diselamatkan nelayan sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi diberi rawatan, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan, remaja berasal dari Perlis itu dipercayai dalam perjalanan ke Terminal Bas Sungai Nibong menaiki kereta e-hailing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here