Kuala Lumpur, Okt 26.
Dua lelaki dan seorang wanita maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kuala Kubu Bharu, Rawang berhampiran Serendah Golf Resort dekat sini kira-kira 11 pagi tadi.
Berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemukan di lokasi, mangsa yang maut ialah Rosihat Lemon, 68, Chan Kwai Hoong, 62, dan Soo Yoke Siew, 53.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kemalangan itu membabitkan Perodua Axia dinaiki Chan dan Soo dengan Toyota Avanza dinaiki Rosihat bersama wanita yang cedera parah yang belum dikenal pasti identitinya.





















