Putrajaya, Sep-
Tiada rakyat Malaysia di Pakistan dilaporkan terjejas susulan gempa bumi bermagnitud 6.0 yang melanda timur Afghanistan lewat Ahad, mengorbankan sekurang-kurangnya 800 orang serta menyebabkan kerosakan besar.
Kementerian Luar memaklumkan, pihaknya memantau rapat kesan gempa bumi kuat dan beberapa susulan gempa bumi yang menggegarkan timur Afghanistan pada 1 Sept, berhampiran sempadan dengan Pakistan.
Gempa bumi itu turut dirasai secara meluas termasuk di ibu negara Pakistan, Islamabad. Lebih 1.2 juta orang merasakan gegaran kuat, manakala kKementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad memaklumkan, pihaknya kekal berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan di Pakistan dan sedang memantau keadaan.
“Rakyat Malaysia yang menetap atau berada di kawasan terjejas di Pakistan dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mematuhi panduan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan, dan mendapatkan maklumat melalui saluran rasmi.erosakan besar dilaporkan di kawasan pergunungan terpencil.
























