1 daripada 3 rakyat kongsi kata laluan perbankan, kata timbalan gabenor BNM

Kuala Lumpur, Okt 30.
Seorang daripada tiga rakyat Malaysia berkongsi kata laluan perbankan mereka, manakala lebih 70% individu di negara ini tidak mengendahkan faktor keselamatan ketika berurusan di platform kewangan digital.

Timbalan Gabenor Bank Negara, Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata, tindakan berkongsi kata laluan perbankan akan mendedahkan mereka dengan penipuan kewangan.

Sejak tahun lalu, inisiatif untuk meningkatkan celik kewangan digital dilancarkan oleh FEN (Jaringan Pendidikan Kewangan) dan industri kewangan, termasuk program jelajah FEN ke luar bandar dan institusi pengajian tinggi yang memberi tumpuan kepada pengukuhan keselamatan siber pengguna kewangan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here