Petaling Jaya, Okt 31.
Demikian kata pengusaha gerai Nasi Lemak dan Nasi Kandar ‘Non Halal’, Suresh G, 38, berkata, “Saya bukan nak kelirukan sesiapa. Saya hanya berniaga kecil-kecilan di kedai yang memang jelas ‘non halal’.” susulan tular mengenai hidangan itu dijual dengan lauk babi.
Menurutnya, nasi kandar atau nasi lemak lauk daging babi yang dijual adalah makanan istimewa selain ia adalah jenama perniagaannya yang diusahakan sejak tiga minggu lalu.
“Ini sudah minggu ketiga saya berniaga. Semalam baru perasan perkara ini tular termasuk ada artikel yang keluar. Dulu ada restoran tapi dah tutup, itu yang ambil keputusan buka gerai dan menyewa di kedai Cina.
“Memandangkan ini adalah kedai ‘non halal’, itu sebab saya jual lauk ‘non halal’ iaitu daging babi. Bukan nak susahkan hati sesiapa pun.
“Saya ini hanya nak cari makan saja. Saya jual makanan ini memang di kedai Cina dan bukan di kawasan perumahan. Jadi, pelanggan pun memang bukan Islam.
“Menu ini adalah jenama saya dari awal gerai ini dibuka. Saya tak terfikir nak berhenti. Lagi pula, ia adalah ‘speciality’ di sini sebab idea dan ‘branding’ memang macam tu,” katanya kepada wartawan di gerainya di Damansara Jaya, hari ini.
Menurutnya, dia beranggapan tindakan menjual hidangan itu adalah tidak salah selain berkongsi hidangan sama turut dijual di banyak lagi gerai ‘non halal’ sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
Logo perniagaan pun dah tunjuk gambar binatang tu. Jadi takkan ada orang yang keliru. Saya daftar pun di bawah jenis perniagaan ‘non halal’.





















