RON97 naik 2 sen, RON95 dan diesel kekal

 Harga petrol RON97 naik dua sen, manakala harga RON95 dan diesel kekal sama mulai tengah malam ini. Harga RON97 akan dinaikkan daripada RM2.73 kepada RM2.75, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 serta RM2.15 seliter. Kadar baharu itu akan berkuat kuasa esok sehingga 29 Sept ini.

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here