49 murid keracunan makanan kerana Nasi Lemak

Geoegetown, Nov 3.
Seramai 49 murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina (SMJKC) Convent Dato Keramat dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Convent Dato Keramat di sini, mengalami gejala keracunan makanan, semalam.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen, berkata siasatan mendapati kedua-dua sekolah terbabit menggunakan kantin yang sama membabitkan jumlah keseluruhan murid seramai 903 orang.

“Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang melalui Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut telah menerima dua notifikasi kes keracunan makanan daripada hospital swasta di negeri ini membabitkan 21 murid SJKC dan 28 kes dari SMJKC dengan tiga daripadanya menerima rawatan di hospital dan sudah dibenarkan pulang semalam.

“Seramai 14 murid dilaporkan mendapat rawatan di klinik swasta sebagai pesakit luar manakala baki 32 murid lagi yang bergejala ringan tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan,” katanya menerusi kenyataan,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here