Kes denggi meningkat – KP Kesihatan

Putrajaya, Nov 3.
Jumlah kes demam denggi meningkat 10 kes atau 0.4 peratus kepada 2,272 kes pada Minggu Epidemiologi ke-43 iaitu bagi tempoh 22 hingga 28 Oktober, berbanding 2,262 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini, berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan .

Beliau berkata, kumulatif kes demam denggi yang dicatatkan setakat ini adalah sebanyak 98,715 kes, berbanding 49,569 kes bagi tempoh sama tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 49,146 kes atau 99.1 peratus.

“Sejumlah 73 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan, berbanding 33 kematian bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here