Taiping, Nov 3.
Seorang wanita maut setelah lori treler yang dinaiki bersama suami dan anaknya terbabit kemalangan bersama lima kenderaan lain di Kilometer 200.4, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan membabitkan lori, sebuah bas persiaran, tiga buah lori bonded dan sebuah lori tangki.
Treler yang membawa buah kelapa sawit melanggar bahagian belakang sebuah bas persiaran dua tingkat.
Difahamkan ketika kejadian seramai enam orang penumpang berada di dalam bas persiaran tersebut manakala tiga lagi iaitu pemandu, seorang wanita dan seorang kanak – kanak perempuan berada dalam lori treler tersebut.
Pemandu serta penumpang kanak-kanak perempuan itu tidak mengalami kecederaan dan penumpang wanita dewasa disahkan maut oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian, katanya dalam kenyataan.
Menurutnya lagi turut cedera dalam kejadian itu adalah salah seorang pemandu lori bonded tiga lagi pemandu selamat.