Dr P Ramasamy Perolehi Rm 454,781.78 dari dana rakyat

Kuala Lumpur, Nov 4.
Setakat pukul 11 .00 pagi Sabtu ini, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P. Ramasamy berjaya memperolehi Rm 454,781.78 dana rakyat untuk bagi pembayaran ganti rugi kepada penceramah dari India, Dr Zakir Naik, dalam masa 30 hari.

Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis lalu, memerintahkan Dr P. Ramasamy membayar RM1.52 juta kepada Dr Zakir Naik. Dr P. Ramasamy selalu membangkitkan isu kepentingan rakyat, terutamanya bagi masyarakat India Malaysia, sekarang menghadapi masalah kewangan untuk membayar ganti rugi yang ditetapkan oleh Mahkamah.

Sebuah pertubuhan dana pemungut derma yang bernama Suara Masyarakat Tamil Malaysia telah ditubuhkan untuk memunggut derma bagi Dr P. Ramasamy. Ketua pertubuhan itu, David Marshal berkata pertubuhan itu giat mengumpul wang sekarang bagi tujuan itu dan mengesa kepada masyarakat India di negara ini harus menghulur tangan untuk membantu Dr P. Ramasamy dalam keadaan rumitan ini.

Menurut hakim, Ramasamy selaku defendan perlu membayar ganti rugi am sebanyak RM200,000 untuk setiap penyata fitnah (jumlah RM1 juta), ganti rugi teladan RM50,000 setiap satu penyata (RM250,000), ganti rugi teruk RM20,000 setiap penyata (RM100,000) dengan kos sebanyak RM70,000.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Ramasamy untuk menangguhkan permohonan maaf kepada Dr Zakir dan menetapkan tarikh 1 Disember depan untuk prosiding pendengaran berhubung isu terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here