Sindiket pelaburan kripto babit kerugian lebih RM50 juta tumpas

Kuala Lumpur, Nov 4.
Polis menahan 40 individu, sekali gus menumpaskan sindiket pelaburan mata wang kripto membabitkan kerugian lebih RM50 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata tangkapan membabitkan 31 lelaki dan sembilan wanita berusia antara 20 hingga 55 tahun itu dibuat dalam operasi di seluruh negara dari 29 hingga 31 Oktober lalu.

Beliau berkata, mereka terdiri daripada 38 pemilik perniagaan, pengarah syarikat dan setiausaha syarikat, serta masing-masing seorang pegawai bank dan ejen pencari keldai akaun.

“Operasi itu dijalankan selepas polis menerima 76 laporan daripada mangsa skim pelaburan berkenaan yang membabitkan kerugian berjumlah RM50,620,880.29.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here