Jurutera saman hospital kerana kehilangan 2 kaki

Shah Alam, Apr 1.
Seorang penolong jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mendakwa dirinya menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU) akibat kecuaian doktor bedah sebuah hospital swasta terkemuka.

Susulan itu, Isman Ibrahim, 41, memfailkan saman terhadap hospital berkenaan di Mahkamah Tinggi kerana menyebabkannya kehilangan kedua-dua kaki, lima tahun lalu.

“Saya masuk hospital sebab apendiks tetapi sebab doktor cuai, kaki saya hilang. Prosedur pembedahan tidak berjalan dengan baik apabila doktor menebuk dan mengikat saluran darah utama sehingga menyebabkan kedua-dua kaki menjadi hitam atau gangren. “Hospital itu kemudian memindahkan saya ke hospital swasta lain.

Pemeriksaan lanjut menyebabkan kaki saya terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding kes saman itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hazizah Kassim hari ini.

Isman berkata, pemotongan kedua-dua kaki dibuat hingga paras paha, selain perlu menjalani pembedahan pintasan saluran darah.

“Semasa semua ini terjadi, isteri saya mengandung anak keempat. Selain terpaksa dipotong kaki, menyebabkannya menderita sakit saraf teruk setiap dua hari.

“Tidur saya tidak lagi lena sejak lima tahun lalu. Setiap dua hari bermula jam 2 pagi saya akan mengalami kesakitan serta ada bahagian badan terganggu dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here