KUALA LUMPUR –
Bilangan pekerja yang diberhentikan sejak kemunculan jangkitan COVID-19 masih menunjukkan trend yang normal dan tidak meningkat secara mendadak, menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Menurut kenyataan KSM hari ini, setakat semalam (18 Feb), sebanyak 8,588 pekerja kehilangan pekerjaan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membelanjakan RM21 juta bagi membantu mereka.
Justeru, menurut KSM kenyataan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan bahawa 100,000 rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan jika COVID-19 berterusan sehingga penghujung tahun ini sebagai hanya spekulatif.