Inspektor Sheila didakwa lagi, dituduh menyebabkan kegusaran awam

Kuala Lumpur, Nov 8.
Inspektor wanita tular yang sebelum ini didakwa mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis serta dua orang awam, hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini pula atas tuduhan menyebabkan kegusaran kepada orang awam.

Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 35, selaku Orang Kena Saman (OKS), yang berpakaian sut hitam, hanya menjawab, ‘saya tidak mengaku bersalah’, selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.

Dia didakwa melakukan mudarat awam dengan memarahi dan membunyikan hon kereta dengan panjang atau lama serta menjerit di tempat kejadian sehingga mendatangkan kegusaran awam kepada Nuraihan Nadzifah Ibrahim, 27.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta Aras B1, di sebuah pusat beli belah dalam daerah Brickfields di sini pada jam 5.26 petang, 16 Jun lalu, mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 260 kanun sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here