Kerani wanita rugi lebih RM585,000 ditipu

Jasin, Nov 9.
Seorang kerani wanita “berputih mata” apabila rugi RM585,700 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang menawarkan pelaburan rendah dengan keuntungan tinggi menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Jasin Ahmad Jamil Radzi berkata kerani bank berusia 52 tahun itu pada mulanya dihubungi oleh seorang suspek wanita pada 5 Okt lepas yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai perunding agensi pelaburan.

Suspek menerangkan kepada mangsa mengenai skim dan pelan pelaburan selama tiga hingga enam jam yang mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM15,467 dengan pelaburan serendah RM300.

“Suspek juga menarik minat mangsa dengan memberitahu bahawa pelaburan ini tiada caj broker, tiada caj tersembunyi, pemindahan pulangan dengan segera dengan kos pelaburan rendah dan membawa pulangan keuntungan besar,” katanya dalam satu kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here