PM dijadual lancarkan ‘MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia’ hari ini

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijadual melancarkan ‘MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia’, hari ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, ‘MyDigital’ dirangka sebagai landasan jadikan negara sebagai nadi digital serantau menjelang 2030.

Mustapa turut jelaskan kerajaan menubuhkan Majlis Ekonomi Digital bagi menetapkan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif ekonomi digital Malaysia.

Majlis itu dipengerusikan Perdana Menteri dan menjadi entiti tunggal mengambil alih semua jawatankuasa berkaitan digital dan teknologi sedia.

Ia bagi memudahkan penyelarasan dan mengelakkan pertindihan tugas.

Menurut Mustapa, majlis itu diterajui enam kluster iaitu ekonomi, masyarakat, teknologi baru muncul, bakat digital, infrastruktur digital dan data serta kerajaan.

Tambahnya MyDigital adalah pendekatan baharu dan menyeluruh terhadap beberapa inisiatif teknologi maklumat dan digital sedia ada sebelum ini termasuk Koridor Raya Multimedia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here