Pandu bas dengan hanya ada lesen motosikal

Kajang, Nov 9.
Seorang lelaki memberi alasan menggantikan tugas abangnya untuk memandu bas walaupun hanya mempunyai lesen motosikal.

Lelaki berusia 22 tahun berkenaan didapati memandu bas persiaran dengan kira-kira 40 penumpang termasuk warga asing yang bekerja sebagai kontraktor.

Katanya, dia dalam perjalanan membawa penumpang berkenaan dari tempat kerja di Serdang menuju asrama mereka di Kajang sebelum ditahan pihak berkuasa untuk pemeriksaan dalam Op Patuh Bersepadu di Plaza Tol Sungai Ramal, malam tadi.

Selalunya abang saya yang bawa bas, saya hanya ganti sahaja sebab dia ada kenduri malam ini. Abang bagi upah RM30 untuk bawa bas ini kali ini (satu trip). Saya tahu bawa bas walaupun tiada lesen sebab selalu ikut abang bawa bas. Selalunya bas yang dibawa adalah bas kilang, namun hari ini kebetulan bas itu rosak dan bas persiaran ini disewa, kata lelaki itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here