Guan Eng ambil tindakan undang-undang terhadap Mastura atas ‘ucapan kebencian’

Kuala Lumpur, Nov 10.
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng meminta peguamnya memulakan prosiding jenayah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Mohamad atas “ucapan kebencian” selepas tempoh 48 jam untuk memohon maaf tamat malam tadi.

Siti Mastura membuat ucapan kebencian itu di sebuah program di Kemaman pada 4 Nov lalu sarat dengan pembohongan dan fitnah jahat,” katanya dalam kenyataan.Guan Eng berkata, timbalan ketua Wanita PAS itu membuat beberapa dakwaan “perkauman dan ekstremis” dalam ucapannya di sebuah perhimpunan politik Sabtu lalu, termasuk menuduh bapanya yang juga veteran DAP, Lim Kit Siang adalah sepupu kepada pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Siti Mastura turut mendakwa Kit Siang dan Guan Eng adalah sepupu kepada bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew, manakala Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok merupakan sepupu Betty Chew, isteri Guan Eng.

Wakil rakyat PAS itu turut menuduh beberapa pemimpin DAP mempunyai pertalian darah dengan keluarga Lim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here