Tol percuma sempena Deepavali

Kuala Lumpur, Nov.10
Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta mengumumkan pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma sempena sambutan Deepavali pada Ahad ini.

Beliau berkata, semua kelas kenderaan akan menikmati tol percuma bermula 12.01 tengah malam 11 Nov (Sabtu) hingga 11.59 malam 12 Nov ini (Ahad).

Tetapi katanya, pengecualian itu tidak termasuk Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua) di Johor.

Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan semua rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali.

Ini juga selari dengan hasrat kerajaan perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan, katanya.

Dianggarkan 11.8 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya di seluruh negara dalam tempoh dua hari itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here