3 rentung kereta langgar lori sampah

Ipoh, Nov 14.

Tiga rentung apabila kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan lori sampah di Kawasan Perindustrian Bercham malam tadi.

Nahas membabitkan kereta Proton Perdana dinaiki tiga individu yang terbakar apabila merempuh bahagian hadapan lori sampah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 8.05 malam.

“Tiga mangsa dipercayai berbangsa India rentung. Maklumat mangsa tidak dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan tengah malam ini.

“Bantuan kren digunakan untuk mengalihkan lori sampah terbabit dan selepas dialihkan, dikenal pasti bahawa tiga mangsa yang sudah rentung berada dalam kereta berkenaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here