Tiada wabak tibi di Lembah Klang, kata menteri

Putrajaya, Nov 18.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan berlakunya wabak tuberkulosis (tibi) di Lembah Klang sambil menjelaskan keadaan masih terkawal.

“Tidak ada wabak. Kes tibi sentiasa ada dan kita sentiasa memantau jangkitannya di Lembah Klang.“Jabatan kesihatan sedang meneliti isu ini dan kami berharap orang ramai akan berhenti menyebarkan maklumat tidak sahih yang akan menyebabkan panik,” kata Zaliha kepada pemberita selepas melancarkan Minggu Kesedaran AMR Sedunia 2023 di Putrajaya hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, notis pejabat pengurusan sebuah kompleks pangsapuri Lembah Klang menjadi viral selepas mendakwa berlaku wabak di Cheras, Kuala Lumpur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here