Mayat dalam gaung: Suspek dipercayai sorok kematian

Seremban: Polis mengklasifikan kes penemuan mayat wanita di gaung di Kilometer 14, dekat Jalan Lama Bukit Putus, di sini, Ahad lalu sebagai kes bunuh. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya juga sudah mengenal pasti identiti mayat berkenaan ekoran terdapat individu yang mengaku waris kepada mangsa.

Beliau berkata, kertas siasatan kes berkenaan akan disiapkan tidak lama lagi kerana sedang menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya Perkembangan terbaru kes ini, kami sudah menjejaki waris terdekat kerana ada individu yang mengaku. Mangsa dikenal pasti sebagai rakyat tempatan dan berusia 29 tahun.

Siasatan kes ini dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun motif kejadian belum dapat didedahkan lagi. Kertas siasatan hampir selesai dan sedang menunggu keputusan DNA yang dianggarkan diperolehi dalam masa satu ke dua minggu lagi, katanya.

Terdahulu Nanda menyampaikan sijil penghargaan kepada warga polis dan orang awam sempena Sambutan Hari Polis Ke-215 di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban, di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Nanda berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan adalah warga tempatan dan juga rakan kepada mangsa.

Selasa lalu, dua lelaki masing-masing berusia 41 dan 44 tahun bersama seorang wanita berusia 18 tahun ditahan di dua lokasi di daerah ini kerana disyaki terbabit dengan penemuan mayat berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here