Hutang motif wartawan sambilan dilarikan

Shah Alam, Nov 21.
Hutang dipercayai motif seorang wartawan sambilan warga Bangladesh dilarikan dan diperas oleh sekumpulan suspek termasuk tiga anggota polis, baru-baru ini.Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, ketika ini pihaknya masih mengesan empat individu lain termasuk seorang warga asing yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

“Mereka yang dikesan ini termasuk seorang warga asing dipercayai masih berada dalam negara ini.

“Setakat ini, motif disebabkan masalah hutang mangsa kepada kumpulan suspek yang terbabit dalam kes ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Sebelum ini, media melaporkan enam individu ditahan susulan laporan polis oleh seorang pelajar warga Bangladesh yang mendakwa bapa saudaranya berusia 33 tahun yang juga wartawan sambilan telah dilarikan.

Bapa saudaranya juga meminta pengadu menyediakan sejumlah wang untuk diselamatkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here