Asus Zenfone 7 Masih Kekal Dengan Kamera Berputar 180 Darjah

Asus nampaknya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dibawah siri Zenfone iaitu Zenfone 7 yang didatangkan dengan dua variasi, Zenfone 7 (biasa) dan Zenfone 7 Pro. Pergh! Kalau korang tegok design dia memang gempak gila gais.

Untuk Asus Zenfone 7 Pro, ia menggunakan skrin sebesar 6.67 inci AMOLED FHD+ yang menyokong HDR10+. Cip pemprosesan bagi variasi ini menggunakan cipset paling tercanggih iaitu Snapdragon 865+ bersama memori 8GB RAM dan storage sebesar 256GB.

Bateri pula berkapasiti 5,000mAh bersama 30W fast-charging. Untuk kamera 180 darjah yang boleh digunakan untuk depan dan belakang, ia dilengkapi dengan trikamera iaitu 64 megapixel sensor utama + 12 megapixel telefoto + 8 megapixel telefoto. Terbaik gais!

Tak banyak beza pun Zenfone 7 Pro dengan Zenfone 7 (biasa) ni, yang membezakan mereka adalah cipset, storage dan juga tidak menyokong sistem penstabilan OIS. Untuk spec bagi variasi ini menggunakan cipset Snapdragon 865 dan storage hanya sebesar 128GB.

Korang rasa gempak tak telefon pintar terbaru dari Asus ni? Ohmedia memang tertarik dengan kamera dia yang boleh berputar sehingga 180 darjah tu, memang rare dan sekaligus menjadikan pengalaman bagi kamera depan juga sama cantik macam kamera belakang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here