Kerajaan hormati keputusan Mahkamah Persekutuan – PM

Kuala Lumpur, Nov 21.
Kerajaan berpendirian untuk menghormati keputusan yang bakal diputuskan Mahkamah Persekutuan dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Tuan Maimun Tuan Mat berhubung petisyen dikemukakan seorang peguam dan anaknya yang mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ia bagaimanapun tidak menghalang kerajaan untuk melakukan penelitian dan perbincangan berhubung kes itu melalui satu Jawatankuasa Khas yang bakal bersidang untuk kali pertama pada 4 Disember depan.

“Ya, Mahkamah Persekutuan akan buat keputusan mengikut pertimbangan mereka, sama ada bidang kuasa di bawah kerajaan negeri atau persekutuan. Tetapi, apa pun keputusan itu, ia tidak menghalang kerajaan dengan perkenan Raja-Raja Melayu untuk mengadakan penelitian dan berbincang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here