Koronavirus : Satu lagi kes positif, jumlah terkini 15 

Satu lagi kes positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif di negara ini meningkat kepada 15, setakat petang ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kes terbaharu itu membabitkan seorang pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China, yang masuk ke Malaysia pada 21 Jan lepas.

Beliau berkata wanita itu bersama-sama suami, anak lelaki dan menantunya telah tiba di Singapura pada 17 Jan dan kemudiannya pergi ke Johor Bahru pada 21 Jan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here