Polis kesan lelaki kencing di tempat parkir pasar raya di Subang Jaya

Subang Jaya, Nov 21.Polis mengesan lelaki yang kencing di tiang tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Subang Jaya, yang video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, anggota polis yang bertugas di Balai Polis USJ8 melihat satu rakaman video yang tular berdurasi 50 saat memaparkan lelaki kencing di tiang tempat letak kenderaan pasar raya terbabit, Ahad lalu.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku pada 16 November lalu yang mana suspek disyaki lelaki memakai baju berwarna hitam dan berseluar pendek warna kelabu, kencing di tepi tiang tempat letak kenderaan seterusnya beredar ke arah kereta Mazda berwarna biru.

\Kejadian itu berlaku di sebuah pasar raya yang terletak di Subang Jaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here