Covid-19 Malaysia – Singapura terus kerjasama

Sebagai jiran terdekat, Singapura dan Malaysia akan terus bekerjasama mengatasi tempoh sukar semasa pandemik Covid-19, kata menteri kanan republik itu, Teo Chee Hean.

“Situasi unik ini yang kita alami tahun ini mengingatkan kita tentang keakraban hubungan dengan Malaysia dan bagaimana terjalinnya takdir ini,” kata Chee Hean yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara di Facebook beliau semalam.

“Datuk Seri Ismail Sabri dan saya mengkoordinasi dengan rapat sejak dua bulan lepas mengenai respon Singapura dan Malaysia terhadap wabak Covid-19,” katanya merujuk kepada Menteri Kanan Malaysia (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi hantaran sama, Chee Hean turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Ismail Sabri.

“Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri adalah masa kebersamaan,” katanya yang turut melampirkan sekeping gambar beliau ketika melawat pejabat Ismail Sabri di Putrajaya pada 2016

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here