121 pengambilan pekerja asing tiga subsektor diluluskan

Kuala Lumpur, Nov 22.
Sebanyak 121 daripada 286 permohonan pengambilan pekerja asing bagi tiga subsektor perkhidmatan iaitu tukang gunting rambut, tekstil dan kedai emas yang dibuka bermula 10 Oktober lalu diluluskan.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, berkata sebanyak 165 permohonan pula ditolak dengan 107 permohonan didapati gagal mematuhi peraturan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Katanya, baki 43 permohonan yang ditolak itu masih dalam tindakan susulan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

“Majikan yang sudah dapat kelulusan JTKSM masih perlu hadir sesi temu duga dengan jabatan itu di ‘One Stop Centre Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk proses seterusnya,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi KSM di Dewan Rakyat. Pengambilan pekerja asing tiga subsektor itu dilaksanakan selepas Jemaah Menteri meluluskannya, September lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan perkara itu berkata kerajaan bersetuju memberi kelulusan 7,500 pekerja asing di bawah tiga subsektor itu yang mana sebelum ini dibekukan sejak 2009.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here