‘URIMAI’ PARTI BARU UNTUK KAUM INDIA DI MALAYSIA

Kuala Lumpur, Nov 25.
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Proffesor Dr P. Ramasamy esok akan mengumumkan Parti baru untuk kaum India di Malaysia. Parti itu yang dinamakan sebagai ‘Urimai’ itu mengandungi tema sendiri yang mengutamakan perpaduan untuk mengharungi hak semua lapisan masyarakat India.

Beliau berkata walaupun ia ditubuhkan khas untuk menuntut hak kaum India di Malaysia, Ia akan menyuarakan bagi penyelesaian isu – isu yang dihadapi oleh semua rakyat di negara ini. Urimai adalah nama sigkatan bagi“ United For The Rights Of Malaysian Party” . Oleh kerana parti ini ditubuhkan berdasaran isu kaum masyakat India di Malysia ia dinamakan sebagai Urimai beliau menjelaskan kepada Harian Makkal Osai.

Parti untuk pelbagai kaum yang ada sekarang telah hilang maknanya di sini. Jadi keutamaan dalam parti ini akan ditumpukan kepada isu masyarakat India. Tema utama parti ini adalah “Suara untuk orang Yang tak berlarat Suara ”.
Jadi kalau perlu kita akan suara juga untuk hak orang yang ditindas dalam khalayak kaum lain di Malysia, beliau menerangkan.

Parti – parti lain untuk kaum India di Malysia seperti MIC, IPF, MALAYSIA MAKKAL SAKTHI, MAB adalah masih ada. Saya menganggap semua parti itu sebagai rakan saya….tetapi kita tak boleh salahkan parti-parti itu, sebab ia terikat dengan parti lain. Oleh kerana itu, dalam masa masa tertentu mereka tak dapat bersuara dengan terus terang tentang isu hak yang dihadapi oleh masyarakat India Malaysia. Tetapi pada kita, tidak ada halangan untuk suarakan hal-hal yang menindas hak kaum India di Malaysia.

Kita akan tunduk kepada undang – undang perlembagaan sahaja, melainkan dari itu kita akan bersuara bebas dan kuat untuk mendapatkan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Kebanyakan orang India di negara ini masih merungut kehidupan sebagai warga B40. Pada masa sekarang jelas sangat tiada suatu parti yang unggul untuk menyelesaikan masalah kaum India dan mempertahankan hak asasi mereka.
Jadi penubuhan parti baru untuk orang India haruslah sangat penting . Ini adalah masa tepat untuk penubuhan parti baru. Ini adalah impian saya dari dahulu. Saya tak menubuhkan parti ini atas sebab tiada kerusi penting dalam DAP.

Dari dipanggil Urimai sebagai parti politik, kita lebih mesra dengan ia disebut sebagai Pertubuhan untuk penyelesaian masalah kaum ditindas, beliau menjelaskan.
Urimai akan menitikberatkan disiplin disisi politik. Peratusan besar dalam masyarakat India Malaysia diwakili oleh pihak B40 dan tidak berlarat untuk bersuara sendiri untuk menuntut hak dasar mereka. Urimai akan mewakili bagi pihak mereka.

Kita harap mereka akan menjadi tulang belakang dalam Urimai beliau berkata demikian. Pelancaran Parti Urimai akan dirasmikan oleh Dr P. Ramasamy, pada hari Ahad haribulan 26 November di Kuala Lumpur.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here