Home Bahasa Malaysia Nenek rugi RM13,000 terjerat ‘love, parcel scam’

Nenek rugi RM13,000 terjerat ‘love, parcel scam’

Jempol, Nov 27. Seorang wanita warga emas di sebuah Felda di sini kerugian RM13,000 selepas menjadi mangsa ‘love scam’ dan ‘parcel scam’.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 61 tahun itu merupakan ibu tunggal terpedaya dalam sindiket ‘love scam’ setelah berkenalan dengan seorang lelaki didakwa dari London.

 

Mereka berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp bermula awal Oktober lalu selain suspek bertindak menabur janji manis kepada mangsa.

Suspek kemudiannya memberitahu mangsa mahu menghantar bungkusan sebagai tanda perkenalan malah mahu menjalinkan hubungan serius, katanya dalam satu kenyataan .
Ujarnya, susulan itu pada 26 Oktober lalu suspek memberitahu mangsa akan memberi pakej hadiah dan wang tunai AS$50,000 sebagai tanda perkenalan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here