Pasukan khas pantau pelancong China, India

Kuala Lumpur, Nov 28.
Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) akan menubuhkan pasukan khas bagi memantau pergerakan keluar pelancong China dan India, susulan keputusan kerajaan untuk memberi pengecualian visa selama 30 hari kepada warga kedua-dua negara itu mulai 1 Disember depan.

Pemantauan akan dilaksanakan pada tarikh akhir, iaitu hari ke-30 mengikut tempoh keberadaan di dalam negara, dan ia akan dilaporkan secara berkala sebagai mekanisme kawalan serta penguatkuasaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata langkah itu adalah sebahagian daripada tujuh aspek kawalan dan penguatkuasaan keselamatan secara bersepadu dengan agensi penguat kuasa, bagi memperkukuh pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here