Cadangan ambil pekerja asing gantian akan dibincang

Subang Jaya, Dis 7.
Cadangan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) supaya kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing gantian akan dibincangkan dalam jawatankuasa bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, berkata melalui cadangan itu, Primas berharap pekerja asing yang telah diluluskan dapat digantikan dengan pekerja asing lain apabila pekerja asing asal itu tidak dapat menamatkan tempoh bekerja mereka di negara ini.

Antara sebab-sebab yang dikenal pasti adalah mungkin (pekerja asing asal) tidak lagi berminat kerja di sini atas desakan-desakan tertentu ataupun ada apa-apa isu dari negara sumber yang menyebabkan dia terpaksa dihantar pulang ke negara tersebut,” katanya .

Sivakumar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-23 Primas di Dorsett Grand Subang, di sini hari ini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here