Dadah dalam badan Yap Xin Yuan – Polis sahkan

Kuala Lumpur, Jan-
Polis mengesahkan terdapat kandungan dadah dalam badan remaja perempuan, Yap Xin Yuan, yang mayatnya ditemukan reput di Kampung Rancangan Tanah Belia (RTB) Sungai Changgang, Banting pada 28 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, buat masa ini, polis memerlukan laporan pakar forensik untuk mengetahui sama ada jumlah kandungan dadah yang ditemui dalam badan mangsa berusia 15 tahun itu boleh menyebabkan kematian ataupun ada punca lain.

Beliau berkata, ini kerana dadah dalam badan mangsa tidak boleh dikatakan sebagai punca kematiannya.

“Jadi polis masih menyiasat dan mengumpul keterangan lain bagi mengenal pasti sebab sebenar kematian remaja terbabit.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan kempen keselamatan jalan raya dan advokasi sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Plaza Tol PJS 2, Lebuhraya Baru Pantai (NPE), di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here