Gangguan air di Pulau Pinang

Georgetown, Dis 9.
Gangguan air berjadual selama empat hari akan berlaku di Pulau Pinang pada bulan depan.

Kira-kira 590,000 penduduk Pulau Pinang dijangka berdepan gangguan bekalan air 4 hari itu berjadual bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan di Loji Rawatan (LRA) Sungai Dua bermula 10 hingga 14 Januari depan.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, tugas pembaikan membabitkan penggantian dua injap sepanjang 1,200 milimeter dalam saluran air paip terawat utama masing-masing berada dalam LRA dan berhampiran pagar LRA yang mengalami kebocoran.

Ia membabitkan kerja penyelenggaraan berskala besar selain membabitkan projek air sampingan di 22 lokasi lain di seluruh negeri khususnya injap rosak dan bocor dengan ada bahagian yang sudah tidak diganti selama 50 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here