Krishnan Kutty maut digilis treler

Kluang, Dis 9.
Seorang pekerja penyelenggaraan lebuh raya K. Krishnan Kutty 51, maut selepas digilis sebuah treler ketika sedang meletakkan kon di Kilometer 63.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, Krishnan Kutty,meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Beliau berkata, saksi yang juga rakan sekerja mangsa berkata, Krishnan dilanggar sebuah treler ketika sedang berjalan kaki di kawasan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, sebuah treler yang masih belum dikenal pasti dalam perjalanan dari Johor Bharu ke Kuala Lumpur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here