Tiada diskaun saman JPJ

Kuala Lumpur, Dis 9.
Sekretariat Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI dalam kenyataan memaklumkan, tiada diskaun ditawarkan bagi saman JPJ sepanjang program berlangsung hingga Ahad ini.

Tiada diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersempena program Setahun Bersama Malaysia MADANI.

Sementara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman sehingga 50 peratus kecuali saman kemalangan, kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau dibicara dan kesalahan yang tidak boleh dikompaun seperti tiada lesen memandu, pandu tidak cermat, lesen tamat tempoh dan tiada insurans.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here