Permaisuri Agong dahului 97 penerima darjah, bintang kebesaran Selangor

Klang, Dis 11.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendahului senarai 97 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

Tunku Azizah dikurniakan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (DK).Sultan Sharafuddin turut berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (Kelas Kedua) (DKII) kepada Ahli Dewan Diraja Selangor Tengku Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj.

Panglima Angkatan Tentera Mohammad Ab Rahman, Ketua Polis Negara Razarudin Husain dan Pengarah Urusan YTL Power International Bhd Yeoh Seok Hong pula menerima Darjah Kelas Pertama-Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri.’

Turut dikurniakan darjah kebesaran ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Haris Kasim dan Perunding Urologi Pusat Perubatan Subang Jaya Dr Tan Hui Meng yang menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS)(Kelas Pertama), membawa gelaran ‘Datuk Setia.’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here