Kes Covid-19 naik, namun arahan pakai pelitup muka tak perlu, kata pakar

Kuala Lumpur, Dis 15.
Pada Rabu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan menasihatkan orang awam, khususnya mereka yang menunjukkan gejala serta kumpulan berisiko tinggi, seperti warga emas dan wanita hamil, supaya memakai pelitup muka terutamanya di tempat sesak.Katanya, melihat kepada jumlah kes Covid-19 yang meningkat di seluruh dunia, Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia menghadapi lonjakan jangkitan ketika sambutan Krismas dan Tahun Baharu akan datang, serta cuti sekolah.

Presiden Persekutuan Persatuan Doktor Perubatan Swasta Malaysia, Dr Shanmuganathan TV Ganeson berkata, dasar menyeluruh seperti itu tidak masuk akal memandangkan sifat penularan berkenaan.

“Ada kawasan yang langsung tiada penularan Covid-19, manakala ada yang melihat lonjakan kes.

“Jika memberikan arahan menyeluruh seperti itu, mereka yang berada di kawasan tanpa penularan akan enggan memakai pelitup muka,” katanya dengan menambah orang ramai tidak patut menunggu arahan kerajaan untuk menjaga diri sendiri.

Sementara itu, Dr Kumitaa Theva Das dari Universiti Sains Malaysia berkata, orang ramai perlu memiliki ilmu mengenai cara paling berkesan mengelak dijangkiti berdasarkan pengalaman lalu ketika pandemik.

Kumitaa yang juga pakar virologi, mengingatkan orang ramai supaya tidak sambil lewa dalam mendapatkan vaksinasi memandangkan imunisasi hasil vaksin akan berkurangan semakin masa berlalu.“Lebih mudah untuk semua orang memakai pelitup muka, berbanding mengambil risiko dijangkiti dan kemudian terpaksa mengasingkan diri selama seminggu dua ketika musim percutian ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here