Tokyo, Dis 18.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri makan malam bersama delegasi dan rakan pemimpin ASEAN lain di Tokyo, pada Ahad.
Perdana Menteri bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri makan malam itu di sela masa Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun.
“Ini memberi ruang kepada saya dan rakan sejawat menggunakan kesempatan yang ada untuk merapatkan hubungan sesama negara tetangga dalam ruang benua yang sama.
“Sebelum itu, kami sempat menaikkan tanglung berwarna-warni yang bersesuaian dengan rona keluarga ASEAN untuk dihiaskan di Tokyo Tower bersama sekumpulan pelajar tempatan. Terima kasih di atas detik yang amat bersejarah ini!,” kata Anwar.























