Kastam rampas RM44.4 juta dadah

Nilai, Dis 18.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas 807.9kg dadah berbahaya jenis fentanyl bernilai RM44.4 juta di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 9 Disember ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Sazali Mohamad berkata dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah malam itu, pihaknya menyita 36 kotak berisi 72 botol aluminium mengandungi bahan cecair dadah itu. Ini merupakan kes pertama JKDM merampas dadah jenis ini yang 100 kali lebih berbahaya daripada morfin dan 20 ke 40 kali lebih kuat daripada heroin.

Sekiranya ia dicampur dengan dadah jenis xylazine akan menyebabkan manusia boleh jadi macam zombie…ia sangat berbahaya sekiranya berleluasa dalam negara, bagaimanapun ia bukan untuk pasaran Malaysia,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dagangan itu dihantar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India dan transit di Kompleks Kargo KLIA sebelum dihantar ke Dubai menggunakan laluan udara. Sazali berkata modus operandi sindiket adalah membuat pengikraran palsu, iaitu mengisytiharkan barangan tersebut sebagai sebatian pewangi.

Berdasarkan jumlah berat, katanya rampasan itu berjaya mencegah ia disalah guna kira-kira empat juta penagih dadah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here