Bekas Presiden Majlis Peguam Sulaiman Meninggal Dunia

Kuala Lumpur, Dis 19.
Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Sulaiman Abdullah meninggal dunia petang semalam, pada usia 77 tahun.

Anak lelaki beliau, Huzir Sulaiman menyampaikan berita berkenaan, memaklumkan bapanya menghadapi beberapa masalah kesihatan, tetapi fikirannya tetap tajam dan cerdas, malah terus mewakili anak guam dan berkhidmat dalam pelbagai jawatankuasa serta panel penasihat.

Jenazah peguam tersohor itu yang dilahirkan pada Julai 1946, dijadual dibawa ke Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz di Jalan Templer, Petaling Jaya untuk pengebumian tengah hari ini.

Sebagai peguam, Allahyarham banyak terbabit dalam pelbagai kes besar, termasuk mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga dilantik oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas pada 2018 sebagai timbalan pendakwa raya dalam kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait penyelewengan RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here