John Fernandez Meninggal Dunia

Kuala Lumpur, Dis 26.

Bekas Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez meninggal dunia pada usia 82 tahun.
Anak lelakinya, Ivan mengesahkan kematian bapanya itu disebabkan sakit tua.
John Fernandez merupakan antara pengasas awal parti DAP bersama Lim Kit Siang, mendiang Devan Nair dan beberapa yang lain pada 1966. Mendiang juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rasah dari 1974 hingga 1978.

Pada 1980, mendiang keluar dari DAP selepas 14 tahun bersama parti itu dengan alasan perbezaan pendapat kepimpinan.Mendiang bagaimanapun menyertai semula DAP pada 2000 dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Seremban untuk satu penggal pada 2008.

John Fernandez yang juga seorang peguam, sekali lagi meletakkan jawatan daripada parti itu pada 2013 untuk bertanding sebagai calon bebas bagi mempertahankan kerusi parlimen itu.
Namun, beliau tewas selepas memperoleh 221 undi dalam pilihan raya itu yang menyaksikan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dipilih sebagai wakil rakyat kawasan itu.
Mendiang meninggalkan seorang isteri, Rose Ng dan empat orang anak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here