Dakwa hospital ‘cuai’ – Pesakit Siva Perumal meninggal dunia

Kuala Lumpur, Dis 28.

Seorang pesakit yang sebelum ini mendakwa bahawa sebuah hopital “cuai” kerana meninggalkan dawai di dalam saluran darah ke jantungnya ketika mendapat rawatan meninggal dunia malam semalam.

Peguam keluarganya, J.Gunamalar mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi.

“Saya rasa sedih anak guam saya Sivaperumal Subramaniam, 53 meninggal dunia. Si mati dihantar ke hospital untuk bedah siasat. “Semalam dia teks saya, berkata bahawa berasa sangat sakit selepas insiden tersebut.

“Saya harap dan meminta bagi pihak keluarga mendiang agar KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) membuat siasatan tanpa berat sebelah bagi mendapatkan keadilan kepada keluarga,” katanya.

Mendiang Sivaperumal merupakan seorang pesakit dialisis mempunyai tiga anak.

Menurut Gunamalar, pada 4 Disember lalu, Sivaperumal dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dengan sebuah ambulans selepas mengadu sakit jantung. Dia diberi rawatan kecemasan.

Pada keesokan hari, dia mendakwa, imbasan x-ray yang dijalankan selepas rawatan mendapati terdapat dawai (guidewire) sepanjang 22 cm di dalam saluran darah ke jantung.Susulan itu, isu berkenaan menjadi tular media sosial Facebook bertarikh 7 Disember. Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rafi, pada ketika itu berkata bahawa perkara berkenaan sedang dalam siasatan terperinci pihak hospital.

Terdahulu, Gunamalar berkata pada 12 Disember, dia telah menghantar surat tuntutan kepada KKM dan pihak hospital HTAR.

“Semalam pihak hospital membalas surat kami berkata bahawa mereka masih sedang menyiasat perkara ini. Kami akan menggunakan semua cara undang-undang untuk meminta mereka yang bertanggungjawab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here