RM50 juta bantu mangsa banjir di Kelantan, RM1,000 satu keluarga- PM

Kuala Lumpur, Dis 28.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan bantuan awal sebanyak RM50 juta untuk mangsa banjir yang terjejas di Kelantan.

Beliau berkata, setiap mangsa akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga dan ia disalurkan terus oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Bagi mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat ini kita meluluskan peruntukan awal RM50 juta.

“Menerusi peruntukan berkenaan, setiap keluarga akan menerima RM1,000 dan tambahan bantuan lain bergantung pada kerugian yang dialami mangsa banjir,” katanya dalam sidang media di Pasir Mas selepas meninjau situasi banjir di Kelantan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here